Soalan Lazim

Apakah itu program Diploma Kemahiran?

Diploma Kemahiran (DKM/DLKM) diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia, dengan fokus pada latihan praktikal dan kemahiran hands-on dalam bidang teknikal seperti automotif, elektrik, kulinari dan sebagainya. Syarat permohonan untuk program ini pula adalah lebih mudah berbanding Diploma MQA dan ianya membuka peluang kepada majoriti mereka yang tidak mempunyai keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Apakah perbezaan Diploma MQA dengan Diploma Kemahiran?

Diploma MQA ialah diploma akademik yang diakreditasi oleh MQA, dengan syarat permohonan yang jauh lebih ketat khususnya dari segi akademik (seperti keputusan SPM hendaklah lebih dari 3 kredit). Ia menekankan pengetahuan, tugasan, peperiksaan dan boleh sambung terus ke ijazah sarjana muda.

Diploma Kemahiran (DKM/DLKM) pula fokus pada latihan praktikal dan kemahiran hands-on dalam bidang teknikal seperti automotif, elektrik, kulinari dan sebagainya. Syarat permohonannya adalah lebih mudah dan membuka peluang kepada mereka yang tidak layak untuk memohon program Diploma MQA.

Adakah program Diploma Kemahiran diterima oleh syarikat di Malaysia?

Ya, program Diploma Kemahiran diperakui dan diiktiraf oleh banyak syarikat di Malaysia, terutama dalam sektor teknikal, pembuatan, kejuruteraan, hospitaliti dan perkhidmatan. Ini kerana graduan Diploma Kemahiran mempunyai kemahiran praktikal yang tinggi serta pengalaman hands-on yang memenuhi keperluan sebenar industri. Malah, kerajaan dan agensi seperti JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) turut mengiktiraf Diploma Kemahiran sebagai laluan penting untuk membina kerjaya profesional dalam bidang kemahiran.

Apakah syarat untuk memohon program Diploma Kemahiran ini?

Antara syarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon program Diploma Kemahiran melalui Kolej Meatech adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
  • Kelulusan SPM tidak diperlukan
Adakah bantuan kewangan disediakan oleh pihak Kolej?

Bantuan kewangan adalah disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merangkumi yuran pengajian keseluruhan, wang sara diri sebanyak RM600 sebulan beserta elaun tempat tinggal berjumlah RM200 sebulan.

Adakah pekerjaan disediakan setelah saya tamat belajar?

Kami turut bekerjasama dengan pelbagai syarikat ternama di Malaysia untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan yang telah tamat belajar di Kolej MeaTech. Para graduan ini akan ditempatkan mengikut kursus yang dipilih sebagai persediaan sebelum mereka bersedia untuk meneroka peluang pekerjaan lain yang menjanjikan gaji bulanan yang lebih tinggi.

Setelah saya tamat engajian, bolehkah saya memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Degree?

Ya, graduan Diploma Kemahiran layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, seperti Ijazah Sarjana Muda (Degree), asalkan mereka memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti atau institusi berkenaan. Kini, banyak universiti awam dan swasta di Malaysia mengiktiraf kelayakan Diploma Kemahiran, terutamanya yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau Malaysian Qualifications Framework (MQF). Ini memberi peluang kepada graduan Diploma Kemahiran untuk terus meningkatkan kelayakan akademik dan membina kerjaya yang lebih baik berbekalkan kemahiran sedia ada.

Apakah cara pembayaran yang diterima untuk program Diploma Kemahiran ini?

Koleh Meatech menerima pembayaran melalui cara berikut:

  • Bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Pengeluaran Akaun 2 KWSP (Ibu/Bapa)
  • Bayaran ansuran bulanan sepanjang pengajian

* Semua bayaran hendaklah dibuat menerusi saluran sah kepada pihak Kolej sahaja. Upskilled Education tidak akan mengutip apa-apa bayaran pendahuluan dari mana-mana pelajar untuk mengelakkan transaksi yang tidak sah.

Bagaimana cara untuk memohon program Diploma Kemahiran ini?

Sila hubungi wakil atau agent berdaftar Upskilled Education menerusi WhatsApp. Anda akan diberikan beberapa borang untuk dilengkapkan. Kesemua borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan kepada kami sebelum tarikh tutup permohonan.

Sila ambil perhatian bahawa jumlah minimum pembayaran yang diterima sewaktu pendaftaran adalah sebanyak RM1000 (termasuk Yuran Asrama berjumlah RM200). Baki Yuran Pendaftaran hendaklah diselesaikan dalam masa 3 bulan setelah pendaftaran pelajar diterima oleh pihak Kolej. Hubungi kami untuk mendapatkan rebate Yuran Pendaftaran anda!

Siapakah Upskilled Education dan kaitannya dengan Kolej MeaTech?

Upskilled Education (Upskilled Network Resources) adalah syarikat sah yang berdaftar dengan SSM dan merupakan rakan kerjasama yang sah kepada Kolej MeaTech. Kami bertanggungjawab untuk menguruskan kemasukan pelajar baru untuk mana-mana program yang ditawarkan oleh pihak kolej.

Sehingga kini, kami menawarkan promosi rebate Yuran Pendaftaran sebanyak RM2000 dan beberapa promosi yang lain. Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan rebut tawaran rebate kami sekarang (sementara promosi masih ada)!