Program Professional Undergraduate Level 4 (Occupational Safety & Health) merupakan program pengajian separuh masa yang dirangka khusus untuk golongan profesional dalam sektor swasta, serta terbuka kepada individu yang mempunyai pencapaian akademik sederhana.
Program ini merupakan alternatif terbaik bagi golongan pekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang tidak memiliki kelayakan SPM untuk memohon program diploma sepenuh masa. Selain itu, ia dirangka khusus untuk individu yang berhasrat meningkatkan kerjaya ke peringkat pengurusan dalam bidang berkaitan, tanpa perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada.
Tempoh pengajian yang lebih singkat serta kelas 100% dalam talian yang dijalankan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad, dua hari sebulan) merupakan antara kelebihan utama program ini, sekali gus menjadikannya pilihan paling sesuai untuk individu yang sibuk bekerja.
Sekiranya anda bekerja dalam sektor swasta dan tidak memenuhi kelayakan minimum untuk memohon program diploma sepenuh masa dalam bidang kesihatan & keselamatan pekerjaan, kami mencadangkan program ini sebagai pilihan terbaik untuk memastikan masa depan dan perkembangan kerjaya anda.
Ringkasan Program
- Ditawarkan oleh: UTMSPACE
- Status Program: Program Professional
- Jadual: Sabtu & Ahad, 2 Hari Setiap Bulan
- Mod Pengajian: Part Time, 100% Online
- Tempoh Pengajian: 12 bulan sahaja
- Pembiayaan: Ansuran Bulanan
- Kelas Online: Rakaman kelas disediakan
- Khusus Untuk: Pekerja dalam Sektor Swasta sahaja
Syarat Permohonan
- Umur: 21 tahun ke atas
- Pengalaman Kerja: Minimum 3 tahun
- Lulus SPM: Direct Entry
- Tidak Lulus SPM: Tertakluk syarat tambahan. Sila hubungi kami.
- PMR ke bawah: Tertakluk syarat tambahan. Sila hubungi kami.
Subjek / Modul
- Human Resource Management
- Management Information System
- Organisational Behaviour
- Principles of Management
- Leadership & Team Building
- Fundamentals of Occupational Safety & Health
- Osha Legislation (Osha 1994 – Act 514)
- Industrial Hazards
- Emergency Management
- Accident & Incident Investigation
- Safety & Health Auditing
- Project: Occupational Safety & Health
Prospek Kerjaya
- Safety & Health Officer / Assistant Safety & Health Officer
- Site Safety Supervisor / Safety Coordinator
- OSH Coordinator / EHS (Environment, Health & Safety) Assistant
- Risk Management Assistant
- OSH Compliance Assistant / Environmental Health Technician
- Emergency Response Assistant / Coordinator
- Boleh bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, minyak & gas, logistik, perladangan, dan lain-lain sektor yang amat memerlukan kawalan keselamatan pekerjaan.
Kelebihan Program
- Pemohon tanpa SPM diterima.
- Jangkamasa singkat 1 tahun.
- Rakaman kelas online disediakan.

