Program Executive Diploma in Business Management diperkenalkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) khusus untuk golongan pekerja dewasa dalam sektor Kerajaan (atau Syarikat Berkaitan Kerajaan, GLC) yang ingin menaik taraf gred gaji mereka. Kekuatan program ini adalah kerana ianya diiktiraf 100% oleh MQA dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), menjadikannya sangat sesuai untuk profesional yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta.

Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pekerja yang cemerlang dan berdaya saing di peringkat pengurusan pertengahan, yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan teori yang kukuh, malah mampu menterjemahkan teori tersebut ke dalam amalan sebenar di tempat kerja. Melalui pendekatan pembelajaran yang praktikal dan relevan dengan keperluan industri, para peserta akan dilengkapi dengan kemahiran analitikal, kepimpinan, dan pengurusan yang berkesan. Selain itu, mereka juga akan berkeupayaan untuk mengenal pasti isu serta cabaran dalam organisasi, menganalisis punca masalah secara sistematik, dan seterusnya merangka serta melaksanakan penyelesaian yang tepat dan berimpak tinggi dalam bidang pengurusan.

Ringkasan Program
  • Ditawarkan oleh: Universiti Utara Malaysia (UUM).
  • Status Program: Ditauliahkan oleh MQA (SWA/01122) dan JPA
  • Jadual: Sabtu & Ahad, 2 Hari Setiap Bulan
  • Mod Pengajian: Part Time, Blended Learning (Online + Fizikal)
  • Kelas Fizikal: Ipoh / Kajang
  • Tempoh Pengajian: 2 tahun
  • Pembiayaan: PTPTN / Pengeluaran KWSP / Ansuran Bulanan
  • Umur: 21 tahun ke atas
  • Pengalaman Kerja: 3 tahun
  • SPM 3 Kredit: Direct Entry
  • Kurang 3 Kredit: APEL T4
  • PMR: Tidak diterima
  • Jumlah Modul: 25
  • Praktikal: Tiada

Oleh kerana program Executive Diploma in Business Management ini diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), program ini disyorkan kepada golongan pekerja yang sedang berkerja dalam sektor awam di Malaysia.

Bagi mereka yang berkerja dalam sektor swasta pula, graduan program ini berpeluang menceburi kerjaya sebagai Eksekutif Pengurusan, Penyelia Operasi, Eksekutif Pemasaran, Eksekutif Sumber Manusia, Pembantu Akaun serta Usahawan. Program ini sesuai untuk golongan bekerja yang ingin meningkatkan jawatan, kemahiran pengurusan dan meluaskan peluang kerjaya dalam pelbagai industri, di samping membuka laluan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree).

  • PTPTN ditawarkan untuk mereka yang berminat memohon.
  • Kelas adalah secara Blended Learning atau gabungan kelas fizikal di Kajang / Ipoh dan kelas online.
  • Konvokesyen akan diadakan di kampus utama UUM (Sintok, Kedah).
  • Program ini adalah sangat disyorkan untuk mereka yang berkerja dalam sektor awam (kerajaan).
executive diploma business management uum cert