
Diploma in Electrical Technology
KOLEJ
MeaTech Creative Academy,
Kajang
PEMBIAYAAN
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
PENGIKTIRAFAN
Diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia
Program Diploma in Electrical Technology di Kolej Meatech dirangka untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan elektrik yang memenuhi keperluan industri moden. Pelajar akan mempelajari asas elektrik, sistem kuasa, pemasangan pendawaian, kawalan automasi serta penyelenggaraan peralatan elektrik.
Melalui latihan teori dan praktikal yang komprehensif, program ini membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal dan pengetahuan keselamatan yang diperlukan untuk bekerja sebagai juruteknik elektrik, penyelia penyelenggaraan, atau memulakan kerjaya dalam sektor tenaga dan industri kejuruteraan.
MAKLUMAT PROGRAM
- KOLEJ: Kolej MeaTech (Kajang)
- FORMAT PROGRAM: Diploma Kemahiran
- PENGIKTIRAFAN: Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
- PEMBIAYAAN: Pembangunan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- MOD PEMBELAJARAN: Fulltime di Kolej
- JADUAL: Isnin – Jumaat
- TEMPOH MASA: 2 tahun 6 bulan
PROSPEK KERJAYA
- Juruteknik Elektrik
- Juruteknik Penyelenggaraan
- Penyelia Tapak
- Juruteknik Automasi Industri
- Pemasang Sistem Tenaga Solar
- Juruteknik Sistem Kuasa
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur minimum 16 tahun
- SPM tidak diperlukan
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
MODUL PENGAJARAN
Antara subjek yang akan dipelajari dalam Diploma in Electrical Technology di Kolej Meatech meliputi asas elektrik, kemahiran teknikal, keselamatan, serta latihan praktikal untuk melahirkan juruteknik elektrik yang kompeten. Subjek utama termasuk:
- Asas Elektrik & Elektronik
- Litar Elektrik dan Pengukuran
- Pendawaian Elektrik & Pemasangan Domestik/Industri
- Mesin Elektrik (Motor & Generator)
- Sistem Kuasa & Pengagihan Tenaga
- Kawalan Motor & Automasi
- Programmable Logic Controller (PLC)
- Keselamatan Elektrik & Perlindungan Litar
- Lukisan Kejuruteraan & CAD Elektrik
- Penyelenggaraan Peralatan Elektrik
- Projek Teknologi Elektrik
- Latihan Industri
Subjek-subjek ini direka untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi keperluan industri dan bekerja dengan standard keselamatan yang tinggi.
Subjek-subjek ini tertakluk kepada sebarang perubahan semasa oleh pihak Kolej MeaTech.
KELEBIHAN PROGRAM
- Menyediakan kemahiran teknikal dalam bidang teknologi elektrik yang selaras dengan keperluan industri semasa.
- Memberi penekanan kepada pembelajaran praktikal dan latihan hands-on dalam kerja-kerja elektrik.
- Memberi pendedahan kepada pendawaian elektrik domestik dan industri mengikut piawaian keselamatan.
- Membekalkan pengetahuan asas mengenai sistem elektrik, mesin elektrik dan kawalan elektrik.
- Melatih pelajar dalam amalan keselamatan dan prosedur kerja elektrik yang betul.
- Membantu pelajar membina kemahiran penyelenggaraan dan penyelesaian masalah (troubleshooting).
- Menawarkan peluang kerjaya yang luas dalam sektor teknikal, industri dan penyelenggaraan.
- Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang teknikal dan kemahiran elektrik.
- Berorientasikan kebolehpasaran graduan dan keperluan industri.
CONTOH SIJIL SKM
MAKLUMAT YURAN
- Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian juga boleh dibayar melalui kemudahan pengeluaran KWSP Akaun 2 / 3 (Ibu/Bapa/Penjaga).
- Yuran Pendaftaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam masa 3 bulan setelah pelajar mendaftar di Kolej MeaTech.
- Minimum Yuran Pendaftaran yang diterima sewaktu pendaftaran pelajar adalah RM1000.
- Bayaran secara tunai hendaklah dibuat terus kepada pihak kolej melalui kaunter di kolej atau menerusi akaun Bank Islam atas nama MeaTech Transmedia Sdn Bhd (No. Akaun: 12029010072892).
- Penting! Sila pastikan pembayaran yuran hanya dibuat atas nama syarikat berdaftar dan bukan kepada individu persendirian untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
- Sila pastikan anda turut menyimpan slip / resit pembayaran untuk rujukan.
- Sila hubungi wakil Upskilled Education sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
PROMOSI TERKINI
- Rebate: Upskilled Education menyediakan Rebate sebanyak RM2,000 untuk 25 pelajar terawal yang berminat mendaftar program ini.
- Promosi: Setiap pelajar yang diterima mendaftar oleh pihak Kolej juga turut layak menebus promosi terkini kami: Kredit TnG eWallet RM300
- Sila hubungi wakil Upskilled Education untuk maklumat lebih lanjut.
Graduan Kolej MeaTech datang dari pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia