diploma tvet elderly care

Diploma in Elderly Care

KOLEJ

MeaTech Creative Academy,
Kajang

PEMBIAYAAN

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

PENGIKTIRAFAN

Diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia

Program Diploma in Elderly Care di Kolej Meatech dirancang untuk melatih pelajar dalam menyediakan penjagaan profesional dan empati kepada warga emas. Pelajar akan mempelajari asas kejururawatan, kesihatan fizikal dan mental warga tua, pemakanan, komunikasi berkesan, serta pengurusan penjagaan harian.

Program ini menekankan latihan praktikal di pusat jagaan dan fasiliti kesihatan bagi memastikan pelajar bersedia memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi. Graduan akan dilengkapi kemahiran untuk memenuhi keperluan sektor penjagaan warga emas yang semakin berkembang.

MAKLUMAT PROGRAM
  • KOLEJ: Kolej MeaTech (Kajang)
  • FORMAT PROGRAM: Diploma Kemahiran
  • PENGIKTIRAFAN: Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
  • PEMBIAYAAN: Pembangunan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • MOD PEMBELAJARAN: Fulltime di Kolej
  • JADUAL: Isnin – Jumaat
  • TEMPOH MASA: 2 tahun 6 bulan

Pekerjaan akan disediakan setelah pelajar tamat pengajian

Graduan program ini layak untuk memohon program Sarjana Muda (Degree) yang diiktiraf oleh MQA di mana-mana universiti

PROSPEK KERJAYA
  • Penjaga Profesional (Caregiver)
  • Pembantu Jururawat
  • Penyelia Pusat Jagaan Warga Emas
  • Pegawai Kebajikan Komuniti
  • Penyelia Kesihatan Komuniti di hospital, rumah jagaan, pusat rehabilitasi, dan organisasi kebajikan

Graduan juga berpeluang untuk bekerja di luar negara atau menubuhkan pusat penjagaan warga emas sendiri, menjadikan bidang ini satu laluan kerjaya yang stabil dan bermakna.

SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 16 tahun
  • SPM tidak diperlukan
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
MODUL PENGAJARAN

Antara subjek yang akan dipelajari dalam Diploma in Elderly Care di Kolej Meatech merangkumi gabungan teori, amali, dan latihan industri bagi melahirkan penjaga profesional yang berpengetahuan dan beretika. Antara subjek utama termasuk:

  • Asas Penjagaan Warga Emas
  • Anatomi dan Fisiologi Manusia
  • Asas Kejururawatan dan Kesihatan Awam
  • Pemakanan dan Dietetik Warga Emas
  • Psikologi Penuaan
  • Komunikasi dan Etika dalam Penjagaan
  • Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan
  • Pertolongan Cemas dan Kecemasan
  • Aktiviti Terapi dan Pemulihan
  • Latihan Industri di Pusat Jagaan atau Fasiliti Kesihatan

Melalui subjek-subjek ini, pelajar akan memperoleh kemahiran praktikal dan empati tinggi dalam memberi penjagaan menyeluruh kepada warga emas.

 

Subjek-subjek ini tertakluk kepada sebarang perubahan semasa oleh pihak Kolej MeaTech.

KELEBIHAN PROGRAM
  • Menyediakan pengetahuan dan kemahiran penjagaan warga emas yang selari dengan keperluan industri kesihatan dan kebajikan.
  • Memberi pendedahan kepada penjagaan fizikal, emosi dan psikososial golongan warga emas.
  • Penekanan kepada pembelajaran praktikal dan latihan hands-on dalam situasi penjagaan sebenar.
  • Melatih pelajar dalam amalan keselamatan, kebersihan dan etika penjagaan yang profesional.
  • Membekalkan asas komunikasi berkesan dan empati dalam mengurus warga emas.
  • Menawarkan peluang kerjaya yang luas di pusat jagaan, institusi kesihatan dan komuniti.
  • Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang penjagaan, kesihatan dan perkhidmatan sosial.
  • Memberi peluang pendidikan kepada pelajar walaupun dengan kelayakan akademik yang sederhana.
  • Berorientasikan kebolehpasaran graduan serta keperluan masyarakat yang semakin meningkat.
CONTOH SIJIL SKM
MAKLUMAT YURAN
  • Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian juga boleh dibayar melalui kemudahan pengeluaran KWSP Akaun 2 / 3 (Ibu/Bapa/Penjaga).
  • Yuran Pendaftaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam masa 3 bulan setelah pelajar mendaftar di Kolej MeaTech.
  • Minimum Yuran Pendaftaran yang diterima sewaktu pendaftaran pelajar adalah RM1000.
  • Bayaran secara tunai hendaklah dibuat terus kepada pihak kolej melalui kaunter di kolej atau menerusi akaun Bank Islam atas nama MeaTech Transmedia Sdn Bhd (No. Akaun: 12029010072892).
  • Penting! Sila pastikan pembayaran yuran hanya dibuat atas nama syarikat berdaftar dan bukan kepada individu persendirian untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
  • Sila pastikan anda turut menyimpan slip / resit pembayaran untuk rujukan.
  • Sila hubungi wakil Upskilled Education sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
PROMOSI TERKINI
  • Rebate: Upskilled Education menyediakan Rebate sebanyak RM2,000 untuk 25 pelajar terawal yang berminat mendaftar program ini.
  • Promosi: Setiap pelajar yang diterima mendaftar oleh pihak Kolej juga turut layak menebus promosi terkini kami: Kredit TnG eWallet RM300
  • Sila hubungi wakil Upskilled Education untuk maklumat lebih lanjut.

Graduan Kolej MeaTech datang dari pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia