diploma tvet madani digital media

Diploma in Digital Media

KOLEJ

MeaTech Creative Academy,
Kajang

PEMBIAYAAN

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

PENGIKTIRAFAN

Diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia

Program Diploma in Digital Media di Kolej Meatech direka untuk melatih pelajar menguasai kemahiran dalam penghasilan kandungan digital kreatif merangkumi reka bentuk visual, animasi, penyuntingan video, dan pembangunan media interaktif. Pelajar akan didedahkan kepada penggunaan perisian profesional serta teknik komunikasi digital terkini yang digunakan dalam industri kreatif dan pemasaran.

Melalui gabungan teori dan latihan praktikal, program ini melahirkan graduan yang bersedia untuk kerjaya dalam bidang media digital, pengiklanan, produksi kandungan, dan reka bentuk kreatif.

MAKLUMAT PROGRAM
  • KOLEJ: Kolej MeaTech (Kajang)
  • FORMAT PROGRAM: Diploma Kemahiran
  • PENGIKTIRAFAN: Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
  • PEMBIAYAAN: Pembangunan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • MOD PEMBELAJARAN: Fulltime di Kolej
  • JADUAL: Isnin – Jumaat
  • TEMPOH MASA: 2 tahun 6 bulan

Pekerjaan akan disediakan setelah pelajar tamat pengajian

Graduan program ini layak untuk memohon program Sarjana Muda (Degree) yang diiktiraf oleh MQA di mana-mana universiti

PROSPEK KERJAYA
  • Pereka Kandungan Digital
  • Editor Video
  • Pereka Grafik
  • Pereka Laman Web
  • Pereka Media Sosial
  • Juruanimasi
  • Pembangun media interaktif di agensi pengiklanan, syarikat produksi, organisasi korporat, dan industri kreatif

Graduan juga boleh bekerja secara freelance atau menubuhkan syarikat media digital sendiri, memanfaatkan kemahiran kreatif untuk menghasilkan kandungan yang menarik bagi platform digital dan media sosial.

SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 16 tahun
  • SPM tidak diperlukan
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
MODUL PENGAJARAN

Antara subjek yang akan dipelajari dalam Diploma in Digital Media di Kolej Meatech merangkumi kemahiran penghasilan kandungan digital, reka bentuk visual dan teknologi media moden. Subjek utama termasuk:

  • Asas Seni & Reka Bentuk Digital
  • Fotografi & Videografi
  • Penyuntingan Video & Audio
  • Reka Bentuk Grafik Digital
  • Reka Bentuk Laman Web Asas
  • Animasi Asas & Motion Graphics
  • Penulisan Kandungan Digital
  • Media Sosial & Komunikasi Digital
  • Reka Bentuk Interaktif dan Multimedia
  • Penggunaan Perisian Industri (Adobe Photoshop, Illustrator, Premiere Pro, After Effects)
  • Projek Studio & Portfolio
  • Latihan Industri

Subjek-subjek ini membekalkan pelajar dengan kemahiran kreatif dan teknikal untuk menghasilkan kandungan digital berkualiti tinggi yang diperlukan dalam industri media dan pemasaran moden.

 

Subjek-subjek ini tertakluk kepada sebarang perubahan semasa oleh pihak Kolej MeaTech.

KELEBIHAN PROGRAM
  • Menyediakan kemahiran media digital yang selari dengan perkembangan industri kreatif dan digital semasa.
  • Memberi pendedahan dalam penghasilan kandungan digital merangkumi grafik, video, audio dan media interaktif.
  • Penekanan kepada pembelajaran praktikal berasaskan projek bagi meningkatkan kecekapan teknikal pelajar.
  • Menggunakan perisian dan teknologi standard industri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Membantu pelajar membina portfolio profesional sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
  • Menawarkan peluang kerjaya yang luas dalam bidang media digital, pemasaran digital dan industri kreatif.
  • Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang kandungan digital, media baharu dan komunikasi visual.
  • Memberi peluang pendidikan kepada pelajar walaupun dengan kelayakan akademik yang sederhana.
  • Berorientasikan kebolehpasaran graduan serta keperluan industri.
CONTOH SIJIL SKM
MAKLUMAT YURAN
  • Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian juga boleh dibayar melalui kemudahan pengeluaran KWSP Akaun 2 / 3 (Ibu/Bapa/Penjaga).
  • Yuran Pendaftaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam masa 3 bulan setelah pelajar mendaftar di Kolej MeaTech.
  • Minimum Yuran Pendaftaran yang diterima sewaktu pendaftaran pelajar adalah RM1000.
  • Bayaran secara tunai hendaklah dibuat terus kepada pihak kolej melalui kaunter di kolej atau menerusi akaun Bank Islam atas nama MeaTech Transmedia Sdn Bhd (No. Akaun: 12029010072892).
  • Penting! Sila pastikan pembayaran yuran hanya dibuat atas nama syarikat berdaftar dan bukan kepada individu persendirian untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
  • Sila pastikan anda turut menyimpan slip / resit pembayaran untuk rujukan.
  • Sila hubungi wakil Upskilled Education sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
PROMOSI TERKINI
  • Rebate: Upskilled Education menyediakan Rebate sebanyak RM2,000 untuk 25 pelajar terawal yang berminat mendaftar program ini.
  • Promosi: Setiap pelajar yang diterima mendaftar oleh pihak Kolej juga turut layak menebus promosi terkini kami: Kredit TnG eWallet RM300
  • Sila hubungi wakil Upskilled Education untuk maklumat lebih lanjut.

Graduan Kolej MeaTech datang dari pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia