
Diploma in Digital Graphic Design
KOLEJ
MeaTech Creative Academy,
Kajang
PEMBIAYAAN
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
PENGIKTIRAFAN
Diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia
Program Diploma in Digital Graphic Design yang ditawarkan di Kolej Meatech memberi fokus kepada kemahiran kreatif dan teknikal dalam menghasilkan rekaan visual yang berkesan untuk pelbagai platform digital dan media. Pelajar akan mempelajari asas seni visual, tipografi, ilustrasi digital, fotografi, reka bentuk branding, serta penggunaan perisian industri seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign.
Melalui gabungan teori dan latihan praktikal, program ini membantu pelajar membina portfolio profesional sekali gus mempersiapkan mereka untuk kerjaya dalam bidang reka bentuk grafik, pemasaran digital, penerbitan media dan industri kreatif.
MAKLUMAT PROGRAM
- KOLEJ: Kolej MeaTech (Kajang)
- FORMAT PROGRAM: Diploma Kemahiran
- PENGIKTIRAFAN: Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
- PEMBIAYAAN: Pembangunan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- MOD PEMBELAJARAN: Fulltime di Kolej
- JADUAL: Isnin – Jumaat
- TEMPOH MASA: 2 tahun 6 bulan
PROSPEK KERJAYA
- Pereka Grafik (Graphic Designer)
- Pereka Jenama (Brand Designer)
- Pereka Laman Web (Web Designer)
- Pereka Media Sosial
- Ilustrator Digital
- Penyunting Imej
- Pereka Bahan Pemasaran Digital di agensi pengiklanan, syarikat penerbitan, media, mahupun organisasi korporat.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur minimum 16 tahun
- SPM tidak diperlukan
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
MODUL PENGAJARAN
Antara subjek yang akan dipelajari dalam Diploma in Digital Graphic Design di Kolej Meatech merangkumi asas seni, kemahiran teknikal, serta perisian industri untuk melahirkan pereka grafik yang profesional dan kreatif. Subjek utama termasuk:
- Asas Seni dan Reka Bentuk
- Tipografi
- Ilustrasi Digital
- Fotografi Asas
- Reka Bentuk Grafik & Branding
- Reka Bentuk Layout dan Penerbitan
- Rekaan UI/UX Asas
- Penggunaan Perisian Adobe (Photoshop, Illustrator, InDesign)
- Reka Bentuk Media Sosial
- Asas Animasi & Motion Graphics
- Projek Studio dan Portfolio
- Latihan Industri
Subjek-subjek ini membantu pelajar menguasai kemahiran kreatif dan teknikal yang diperlukan untuk berjaya dalam industri reka bentuk digital.
Subjek-subjek ini tertakluk kepada perubahan semasa oleh pihak Kolej MeaTech.
KELEBIHAN PROGRAM
- Menyediakan kemahiran reka bentuk grafik digital yang selari dengan keperluan industri kreatif semasa.
- Memberi pendedahan kepada komunikasi visual, seni digital dan reka bentuk kreatif untuk pelbagai platform.
- Penekanan kepada penggunaan perisian reka bentuk standard industri bagi meningkatkan kemahiran teknikal pelajar.
- Menggabungkan pembelajaran teori dan latihan praktikal secara seimbang.
- Membantu pelajar membina portfolio profesional sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
- Menawarkan peluang kerjaya yang luas dalam bidang reka bentuk grafik, media digital dan industri kreatif.
- Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam kerjaya kreatif, freelance atau keusahawanan digital.
- Memberi peluang pendidikan kepada pelajar walaupun dengan keputusan akademik yang sederhana.
- Berorientasikan keperluan industri dan kebolehpasaran graduan.
CONTOH SIJIL SKM
MAKLUMAT YURAN
- Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian juga boleh dibayar melalui kemudahan pengeluaran KWSP Akaun 2 / 3 (Ibu/Bapa/Penjaga).
- Yuran Pendaftaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam masa 3 bulan setelah pelajar mendaftar di Kolej MeaTech.
- Minimum Yuran Pendaftaran yang diterima sewaktu pendaftaran pelajar adalah RM1000.
- Bayaran secara tunai hendaklah dibuat terus kepada pihak kolej melalui kaunter di kolej atau menerusi akaun Bank Islam atas nama MeaTech Transmedia Sdn Bhd (No. Akaun: 12029010072892).
- Penting! Sila pastikan pembayaran yuran hanya dibuat atas nama syarikat berdaftar dan bukan kepada individu persendirian untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
- Sila pastikan anda turut menyimpan slip / resit pembayaran untuk rujukan.
- Sila hubungi wakil Upskilled Education sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
PROMOSI TERKINI
- Rebate: Upskilled Education menyediakan Rebate sebanyak RM2,000 untuk 25 pelajar terawal yang berminat mendaftar program ini.
- Promosi: Setiap pelajar yang diterima mendaftar oleh pihak Kolej juga turut layak menebus promosi terkini kami: Kredit TnG eWallet RM300
- Sila hubungi wakil Upskilled Education untuk maklumat lebih lanjut.
Graduan Kolej MeaTech datang dari pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia