
Diploma in Creative Multimedia Designer
KOLEJ
MeaTech Creative Academy,
Kajang
PEMBIAYAAN
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
PENGIKTIRAFAN
Diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia
Program Diploma in Creative Multimedia Designer di Kolej Meatech memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dalam reka bentuk digital, animasi, penyuntingan video, dan interaktif media. Pelajar akan mempelajari penggunaan perisian profesional seperti Adobe After Effects, Premiere Pro dan 3D Studio Max bagi menghasilkan kandungan multimedia yang kreatif dan menarik.
Melalui pendekatan teori dan praktikal, program ini melahirkan graduan yang bersedia untuk menceburi kerjaya dalam bidang reka bentuk multimedia, animasi, pengiklanan digital dan industri kreatif moden.
MAKLUMAT PROGRAM
- KOLEJ: Kolej MeaTech (Kajang)
- FORMAT PROGRAM: Diploma Kemahiran
- PENGIKTIRAFAN: Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
- PEMBIAYAAN: Pembangunan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- MOD PEMBELAJARAN: Fulltime di Kolej
- JADUAL: Isnin – Jumaat
- TEMPOH MASA: 2 tahun 6 bulan
PROSPEK KERJAYA
- Pereka Multimedia
- Pereka Animasi 2D/3D
- Penyunting Video
- Pereka Laman Web Interaktif
- Pereka Grafik Digital
- Pembangun kandungan digital untuk media sosial, pengiklanan dan hiburan
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur minimum 16 tahun
- SPM tidak diperlukan
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
MODUL PENGAJARAN
Antara subjek yang akan dipelajari dalam Diploma in Creative Multimedia Designer di Kolej Meatech merangkumi kemahiran multimedia, reka bentuk digital dan penghasilan kandungan kreatif. Subjek utama termasuk:
- Asas Seni & Reka Bentuk
- Reka Bentuk Multimedia
- Animasi 2D & 3D
- Grafik Komputer
- Reka Bentuk Interaktif
- Penyuntingan Video & Audio
- Motion Graphics
- Fotografi & Videografi
- Reka Bentuk Laman Web Asas
- Penggunaan Perisian Profesional (Adobe After Effects, Premiere Pro, Photoshop, Illustrator, 3D Software)
- Projek Studio & Portfolio
- Latihan Industri
Subjek-subjek ini memastikan pelajar menguasai kemahiran teknikal dan kreatif untuk menghasilkan kandungan multimedia yang menarik dan relevan dengan keperluan industri.
Subjek-subjek ini tertakluk kepada sebarang perubahan semasa oleh pihak Kolej MeaTech.
KELEBIHAN PROGRAM
- Menyediakan kemahiran multimedia kreatif yang relevan dengan keperluan industri digital semasa.
- Memberi pendedahan menyeluruh dalam reka bentuk grafik, multimedia interaktif, animasi dan penghasilan kandungan digital.
- Penekanan kepada pembelajaran berasaskan praktikal bagi memastikan pelajar bersedia memasuki alam pekerjaan.
- Menggunakan perisian dan teknologi standard industri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Membantu pelajar membina portfolio profesional melalui projek dan tugasan sebenar.
- Menawarkan peluang kerjaya yang luas dalam industri kreatif dan multimedia.
- Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam kerjaya kreatif, kandungan digital dan industri media.
- Memberi peluang pendidikan kepada pelajar walaupun dengan kelulusan akademik yang sederhana.
- Berorientasikan kebolehpasaran graduan dan keperluan industri.
CONTOH SIJIL SKM
MAKLUMAT YURAN
- Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian juga boleh dibayar melalui kemudahan pengeluaran KWSP Akaun 2 / 3 (Ibu/Bapa/Penjaga).
- Yuran Pendaftaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam masa 3 bulan setelah pelajar mendaftar di Kolej MeaTech.
- Minimum Yuran Pendaftaran yang diterima sewaktu pendaftaran pelajar adalah RM1000.
- Bayaran secara tunai hendaklah dibuat terus kepada pihak kolej melalui kaunter di kolej atau menerusi akaun Bank Islam atas nama MeaTech Transmedia Sdn Bhd (No. Akaun: 12029010072892).
- Penting! Sila pastikan pembayaran yuran hanya dibuat atas nama syarikat berdaftar dan bukan kepada individu persendirian untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
- Sila pastikan anda turut menyimpan slip / resit pembayaran untuk rujukan.
- Sila hubungi wakil Upskilled Education sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
PROMOSI TERKINI
- Rebate: Upskilled Education menyediakan Rebate sebanyak RM2,000 untuk 25 pelajar terawal yang berminat mendaftar program ini.
- Promosi: Setiap pelajar yang diterima mendaftar oleh pihak Kolej juga turut layak menebus promosi terkini kami: Kredit TnG eWallet RM300
- Sila hubungi wakil Upskilled Education untuk maklumat lebih lanjut.
Graduan Kolej MeaTech datang dari pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia